Mahkamah hari ini menangguhkan tarikh keputusan rayuan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mengetepikan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram ke 5 September ini.
Pengerusi panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Kamaludin Md Said memutuskan demikian selepas mahkamah diberitahu bekas Pengerusi Tabung Haji itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 3 pagi tadi akibat acute gastroenteritis.